Latar Belakang 5S

LATAR BELAKANG

Perpustakaan UTM mempraktikkan Amalan 5S bagi mewujudkan modal insan yang berupaya mempamerkan kecekapan dan keberkesanan dalam aspek pengurusan persekitaran kerja yang berkualiti. Keupayaan ini akan memaparkan identiti korporat Perpustakaan UTM untuk:

1. Merangsang persekitaran kerja yang bersih, kemas dan selamat untuk keberkesanan     operasi.
2. Penjimatan masa, kos dan tenaga.
3. Mewujudkan semangat kerja berpasukan dalam organisasi.