Pengenalan 5S

PENGENALAN

Amalan 5S merupakan satu kaedah pengurusan yang dipelopori oleh pihak industri di Jepun bertujuan mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat.

Amalan 5S Perpustakaan UTM bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal. Pelaksanaan Amalan 5S yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos, memudahkan proses kerja dan penggunaan ruang kerja
yang optimum.

Amalan 5S juga berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti Perpustakaan UTM berasaskan Standard MS ISO bagi mencapai visi Perpustakaan UTM sebagai pusat ilmu dan pendidikan yang terbilang.