Perpustakaan UTM

PRAKATA

Assalamualaikum Wrt. Wbt.,

Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa 5S Perpustakaan UTM dalam usaha menghasilkan Panduan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) yang bertujuan untuk menggariskan standard Amalan Persekitaran Berkualiti yang berkesan. Panduan ini akan menjadi rujukan oleh semua staf Perpustakaan UTM dalam melaksanakan amalan 5S di tempat kerja masing-masing. Ia juga diharap dapat menjadi pemangkin kepada budaya kerja berkualiti dan medan transformasi UTM bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada semua pihak. Ini seiring dengan langkah-langkah transformasi perkhidmatan awam bagi meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan, terdapat usaha-usaha untuk memantapkan pengurusan pejabat melalui pengenalan Amalan 5S.

Amalan 5S merujuk kepada pengurusan persekitaran tempat kerja yang lebih seragam dan sistematik. Amalan 5S dapat membantu warga Perpustakaan bekerja dalam persekitaran tempat kerja yang kondusif dan selesa.

Komitmen dan penglibatan warga Perpustakaan UTM dari semunua peringkat dalam pelaksanaan Amalan 5S merupakan asas kepada peningkatan kualiti dan produktiviti yang menjadi matlamat kita. Sya yakin komitmen dari warga Perpustakaan dalam menjayakan program 5S ini akan beroleh kejayaan demi kebaikan bersama.

Harapan saya, agar warga Perpustakaan UTM bersatu-padu dalam membentuk disiplin diri yang tinggi, semangat kerja berpasukan yang baik di samping berusaha merealisasikan matlamat melahirkan budaya kerja yang lebih berkualiti dan berimpak tinggi. Jadikalah amalan 5S sebagai budaya kerja rutin yang seterusnya mencerminkan budaya kualiti perkhidmatan Perpustakaan UTM yang cemerlang.

DR. HAJJAH KAMARIAH BINTI NOR MOHD DESA
Ketua Pustakawan Perpustakaan UTM