All posts by admin

Apakah 5S asalnya

Tahukah Anda ?
* Aktiviti-aktiviti 5S telah bermula di Jepun selepas Perang Kedua bertujuan menghapuskan kekotoran dan mengemaskinikan kilang-kilang mereka. Hampir setiap syarikat mempraktikkan prinsip-prinsip 5S tanpa disedari. Banyak syarikat pula telah melaksanakan pengurusan dan kebersihan untuk mengurangkan senarai harta benda (inventori), barangan persendirian, peralatan dan lain-lain dari tempat kerja.

* Kebanyakan rumah di jepun akan memiliki 1 unit tradisional Jepun dipanggil ‘washitsu’. Menurut cerita asal usul 5S ini, bilik tersebut digunakan untuk pelbagai kegunaan. Bilik itulah ruang tamu, bilik itulah ruang makan, di sebelah malamnya bilik itu adalah bilik tidur. Oleh kerana amalan 5S, maka bilik tersebut sentiasa bersih dan kemas. Manakala dapur yang kecil juga boleh memuatkan pelbagai barang dapur yang padat.

* 5S merupakan suatu konsep amalan kebersihan yang diperkenalkan di Jepun. Amalan Penjagaan kebersihan ini merujuk kepada penjagaan tempat kerja yang kemas dan bersih berdasarkan kepada prinsip “tempat untuk semua dan semua ditempatnya”. Tujuan utama penjagaan kebersihan ialah untuk mempraktikkan disiplin dan moral yang baik di kalangan pekerja di mana ia akan meningkatkan prestasi serta produktiviti dan seterusnya membentuk tabiat kerja yang baik.