Konsep 5S

Konsep Amalan 5S

Amalan 5S merupakan alat pengurusan persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh negara Jepun dengan penumpuan kepada lima (5) langkah tindakan pelaksanaan yang bermula dengan awalan huruf ‘S’ yang bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik. Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi 5S.

Dalam Bahasa Melayu, amalan 5S merujuk kepada singkatan perkataan Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal yang merupakan suatu kitaran proses berterusan yang digunakan bagi pengurusan persekitaran tempat kerja yang lebih sistematik dan praktikal. Melalui amalan ini, tempat kerja menjadi lebih teratur, tersusun dan selesa sepanjang masa.

Amalan 5S merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai ‘Kaizen’ dalam Bahasa jepun. Kaizen dilihat sebagai salah satu cara pembaikan yang dilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi secara berterusan terutama dalam aktiviti yang berorientasikan manusia dan proses. Bagi menjayakannya, penyertaan dan komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat staf dalam organisasi.

Maksud Istilah 5S

5S merupakan istilah asal dalam Bahasa Jepun, yang jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan membawa maksud seperti berikut:

Bahasa Jepun Bahasa Melayu Penerangan
Seiri Sisih Sisih memberikan tumpuan kepada pengasingan dan pelupusan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja
Seiton Susun SUSUN merujuk kepada prinsip “Setiap barang ada tempatnya dan setiap tempat ada barangnya”. Penekanan SUSUN tertumpu kepada kaedah penyusunan yang teratur, kemas, berkesan dan selamat.
Selepas melaksanakan SISIH dengan jayanya, barang yang diperlukan hendaklah diSUSUN mengikut keperluan penggunaan
Seiso Sapu SAPU adalah tindakan bagi memastikan ruang tempat kerja atau peralatan bersih daripada habuk/debu yang boleh menjejaskan fungsi peralatan, kualiti produk dan kesihatan. SAPU juga memberi penekanan kepada penjagaan kebersihan bagi memastikan tempat kerja yang selesa dan selamat untuk peningkatan kualiti kerja dan perkhidmatan
Seiketsu Seragam SERAGAM bermaksud sekeadaan, sebentuk dan sewarna sama ada pada ciri-ciri, susun atur atau peraturannya.
Aktiviti 5S diperingkat ini dapat dilaksanakan dengan mewujudkan keseragaman prosedur, susun atur dan piawai
Shitsuke Sentiasa amal SENTIASA AMAL ialah usaha mengekalkan 4 Amalan 5S yang pertama iaitu Seiri, Seiton, Seiso dan Seiketsu di samping melaksanakan penambahbaikan berterusan di Perpustakaan. SENTIASA AMAL memerlukan komitmen dan penyertaan berterusan seluruh warga kerja serta disiplin diri bagi memastikan Amalan 5S dapat dilaksanakan secara berkesan dan cekap

 

Kitaran_5S
Kitaran Amalan 5S