Seiketsu @ Seragam

Seiketsu atau Seragam

Amalan Seragam memerlukan pematuhan piawaian persekitaran berkualiti di tempat kerja bagi memastikannya bersih dan teratur sepanjang masa. Tindakan yang diambil untuk mewujudkan keseragaman prosedur, susun atur atau format seperti menyusun barang/dokumen, memberi nombor rujukan dokumen, memfail, melabel dan sebagainya. Ini akan memudahkan proses memfail dan mencari fail atau dokumen serta mencari barang apabila diperlukan.

Seragam hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun, dan sapu telah disempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahap asal adalah penting supaya segala usaha yang dilakukan dalam tiga aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh setiap staf akan menyemai sifat kekitaan dan cintakan kebersihan di tempat kerja. Panduan diperlukan untuk dipatuhi oleh staf bagi menjamin kualiti dan piawaian yang telah ditentukan. Antaranya ialah Standard Operation Procedure (SOP), Guidebook, Carta Alir (Process Flow), gambar atau contoh fizikal dan Sistem Visual yang jelas.