Seiso @ Sapu

Seiso atau sapu

Sapu adalah tindakan bagi memastikan ruang tempat kerja atau peralatan bersih daripada habuk/debu yang boleh menjejaskan fungsi peralatan, kualiti produk dan kesihatan pelanggan serta pekerja. Aktiviti ini melibatkan:

i. Menetapkan pemilik bagi ruang/perkakas dan mesin.
ii. Memastikan proses pembersihan dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
iii. Merekod dan melaporkan segala kerosakan untuk tindakan penyelenggaraan.