Seiton @ Susun

Seiton atau Susun

Susun adalah aktiviti yang memberi penumpuan kepada kaedah penyusunan yang teratur, kemas, berkesan dan selamat. Aktiviti ini melibatkan:

i. Penyusunan item dalam aturan First-In-First-Out (Masuk Dulu Keluar Dulu).
ii. Melabelkan dan mengindeks nama dan nombor pada item.
iii. Menyimpan item mengikut kategori .
iv. Item diatur supaya mudah dikesan dan boleh dicapai dalam masa 30 saat.
v. Semasa bekerja fail aktif dan bahan rujukan semasa sahaja berada di atas meja, selepas digunakan fail dan item perlu disimpan semula ke tempat asal.