Shitsuke @ Sentiasa Amal

Shitsuke atau sentiasa amal

Sentiasa Amal ialah tindakan yang diambil untuk mengekalkan semua amalan sisih, susun, sapu dan seragam serta melakukan penambahbaikan untuk mempertingkatkan amalan 5S. Aktiviti ini melibatkan:

i. Audit dalaman yang dilakukan secara berkala.
ii. Aktiviti promosi yang dijalankan secara berterusan.
iii. Mewujudkan sistem pengiktrafan dan penghargaan kepada usaha yang ditunjukkan oleh warga Perpustakaan UTM.
iv. Mengadakan program kesedaran amalan 5S secara berterusan melalui latihan.

Melalui kaedah ini, ia dapat melatih pekerja untuk mengamalkan amalan 5S secara berterusan supaya menjadi tabiat dan budaya kerja organisasi. Ini kerana budaya kerja cemerlang dapat dibangunkan dengan mematuhi panduan dan piawaian yang telah ditentukan. Setiap staf perlu faham, patuh, berusaha dan mengamalkan penjagaan kebersihan organisasi serta tempat kerja. Amalan kebersihan ini dapat disemai dalam diri individu dengan memberi tunjuk ajar menerusi program latihan secara berkala.