UTAMA


 

PENGENALAN

        Lingkungan dan suasana yang sesuai untuk kegiatan pembacaan diperluas lagi dengan pendirian lokasi sudut membaca di UTM yang dikenal sebagai UTM Reading Station (UTMRS). UTMRS menyediakan suasana membaca yang santai dengan koleksi bahan bacaan ringan yang disumbangkan oleh komuniti UTM dan juga beberapa pihak lain.

     Persekitaran dan suasana yang sesuai untuk aktiviti pembacaan perlu diperluaskan di tempat-tempat strategik di kampus ini bagi merangsang minat dan keseronokan membaca di kalangan masyarakat UTM. Lokasi sudut membaca di UTM yang dikenali sebagai ’Reading Station’ (UTMRS) diadakan di beberapa lokasi yang telah dikenalpasti. Ini adalah bagi menyediakan suasana membaca yang santai dengan koleksi bacaan ringan yang disumbangkan oleh komuniti UTM dan juga beberapa pihak lain yang dikenalpasti.

   Selain itu, UTM Reading Station juga dibuka di sekolah-sekolah sebagai salah satu sumbangan universiti kepada pihak sekolah. UTM Reading Station merupakan konsep sudut bacaan yang diperkenalkan oleh UTM bagi meningkatkan minat membaca dikalangan masyarakat. Ia merupakan sudut bacaan yang berkonsepkan santai dan buku-buku pula adalah terdiri dari bahan bacaan ringan yang bersesuaian hasil dari sumbangan orang ramai. Suasana dan bahan bacaan yang santai sudah pasti menarik minat masyarakat terutama pelajar sekolah untuk menanam sikap minat membaca.

      Bagi sesiapa yang mahu menyumbang bahan bacaan untuk UTM Reading Station, kami memerlukan buku fiksyen, buku rujukan, buku motivasi, buku agama, buku ulangkaji, buku am dan lain-lain. Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai buku-buku terpakai yang mungkin bermanfaat sebagai bahan bacaan UTMRS boleh menghantar buku-buku tersebut di Perpustakaan UTM (Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM Johor Bahru dan mana-mana lokasi UTMRS.