Tugas & Tanggungjawab

PERPUSTAKAAN UTM

  • Mengenalpasti lokasi UTMRS dengan kerjasama pihak di mana lokasi UTMRS berada.
  • Memastikan UTMRS dibekalkan oleh Pejabat Bendahari dengan perabot dan peralatan yang perlu bagi menempatkan bahan bacaan.
  • Memastikan bahan bacaan di tiap UTMRS direkod, dilabel dan disusun dengan baik di UTMRS berkenaan.
  • Melawat dan memantau UTMRS secara berkala dan memastikan koleksi serta persekitarannya berada dalam keadaan yang baik.
  • Memastikan koleksi UTMRS adalah tepat sepertimana di label. Staf PSZ bertanggungjawab menempatkan semula sebarang koleksi UTMRS lain yang dipinjam tetapi dikembalikan di UTMRS yang berlainan.
  • Mengambil, memproses dan menghantar semula bahan hasil pengumpulan pihak UTMRS.
  • Memastikan setiap UTMRS dibekalkan dengan Buku Rekod Pinjaman serta senarai bahan yang berada di UTMRS berkenaan.

FAKULTI/PUSAT/KOLEJ

  • Membantu membangunkan koleksi di UTMRS masing- masing. Fakulti/Pusat/Kolej boleh mengusahakan pengumpulan bahan bacaan ringan yang sesuai dari kalangan staf/pelajar setempat bagi meningkatkan koleksi di UTMRS masing-masing. Kotak bagi ‘Donation’ ada disediakan oleh PSZ disetiap UTMRS.
  • Memaklumkan kepada PSZ apabila terdapat bahan bagi koleksi UTMRS maing-masing yang telah dikumpul untuk tujuan proses. PSZ akan memprosesnya dan mengembalikannya kepada UTMRS berkenaan untuk koleksi.
  • Memantau koleksi UTMRS dan memastikan bahan disusun dengan kemas serta perabot berada dalam keadaan yang baik.
  • Memantau penggunaan bahan dengan setiap pinjaman bahan adalah direkod di Buku Rekod Pinjaman yang disediakan oleh PSZ.
  • Menempatkan Buku Rekod di lokasi UTMRS dan tidak menyimpannya bagi memudahkan peminjaman dan pemulangan bahan oleh pengguna.
  • Membenarkan bahan dalam Koleksi UTMRS dipinjam oleh sesiapa sahaja dari kalangan masyarakat UTM.
  • Menerima pemulangan bahan yang dipinjam dari mana- mana UTMRS tetapi pemulangan hendaklah direkodkan di lokasi pemulangan bahan dibuat. Staf PSZ yang membuat lawatan berkala akan menyemak dan mengambil bahan- bahan ini dan mengembalikannya ke lokasi asal berpandukan kepada nombor UTMRS di bahan berkenaan

STAF ANGKAT UTMRS

  • Memastikan bahan di rak UTMRS masing-masing disusun dengan kemas serta perabot berada dalam keadaan yang baik pada setiap hari bekerja.
  • Memaklumkan kepada wakil Jawatankuasa Kerja UTMRS apabila terdapat bahan di kotak sumbangan atau yang telah di kumpulkan di UTMRS masing-masing.
  • Memantau penggunaan bahan dengan setiap pinjaman dan pemulangan adalah di rekod di Buku Rekod Pinjaman serta melaporkan statistik pinjaman & pemulangan pada setiap bulan kepada wakil Jawatankuasa Kerja UTMRS.
  • Membenarkan bahan dalam Koleksi UTMRS di pinjam dan di pulang dari mana-mana lokasi dan boleh di pinjam oleh sesiapa sahaja dari kalangan masyarakat UTM.